Monday, July 11, 2011

Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya - Barangan Mangsa Ditemui

Perbicaraan diteruskan lagi pada hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Dalam keterangan menyebut bahawa barangan kepunyaan mangsa-mangsa yang dibunuh telah dijumpai dilokasi yang berlainan.

Kpl Merzuki Shahrim dari pasukan menyelam Marin Pulau Pinang memberi keterangan dihadapan hakim Akhtar Tahir, bahaw pasukan mereka telah diarah untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan tersebut di empat kawasan.

Selain daripada barangan milik kepada Datuk Sosilawati, mereka juga menemui bekas arang, dawai, pisau, enam keping zing dan ketulan tulang yang disyaki milik mangsa bunuh.


Sidang Mahkamah akan bersambung pada sebelah petang.

Sumber berita : thestar.com.my

0 comments:

Post a Comment